
JADUAL PADAT TAK HALANG TOK RAOP SANTUNI ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 7 Februari – Meskipun sibuk dengan tugas pentadbiran Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menggunakan kesempatan yang ada pada hujung minggu, hari ini untuk turun padang bagi berjumpa dan menyantuni penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Kedai Dollah di Kampung Ujung Padang, menjadi persinggahan pertama Ab Rauf yang meluangkan masa untuk bersarapan bersama penduduk sekitar sambil bertanyakan khabar dan permasalahan yang dihadapi komuniti setempat.
Ketua Menteri yang selesa bermotosikal kemudian meninjau Program Gotong-Royong Sekampung Anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Air Hitam Darat melibatkan lebih 150 orang penduduk.
Pada persinggahan ini Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara turut bersama-sama penduduk mengecat pagar Masjid As-Salam Kampung Air Hitam Darat.
Usai program berkenaan beliau kemudian singgah ke kediaman Timah Manap yang mengalami keuzuran akibat faktor usia juga di Kampung Air Hitam Darat.
Ab Rauf kemudian meninjau Program Agihan Bubur Lambuk dan Jualan Rahmah di Balai Raya Kampung Londang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
87 KLINIK KESIHATAN DINAIK TARAF SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
LENDU 13 Mei - Sebanyak 87 klinik kesihatan dan klinik desa seluruh Melaka dinaik taraf sepanjang tiga tahun pentadbiran Ketua...
PETUGAS KESIHATAN INSAN HEBAT
LENDU 14 Mei - Petugas kesihatan dianggap sebagai insan hebat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana...
BOMBA MELAKA KENDALI 5,162 OPERASI KECEMASAN SEPANJANG 2025
LENDU 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengendalikan sebanyak 5,162 operasi kecemasan sepanjang tahun lalu sekali...
MELAKA PERLUAS INISIATIF PRODUK PELANCONGAN PERCUMA KEPADA PESARA
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih kepada golongan pesara badan beruniform...
MELAKA SAYANG ‘WIRA MERAH’, SALUR SUMBANGAN KHAS
LENDU 13 Mei - Seramai 50 pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima sumbangan khas RM5,000 daripada Kerajaan...
‘KITA TIDAK CARI SALAH ORANG, KITA FOKUS PERBAIKI HIDUP RAKYAT’
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk kekal menerajui Melaka dengan penuh rasa tanggungjawab walaupun penggal perkhidmatan bakal...
