Sorting by

×

TUN DR. MOHD ALI RASMI KARNIVAL KESIHATAN MADANI JOM SIHAT

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 7 Februari – Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Karnival Kesihatan MADANI Jom Sihat 2026 yang dianjurkan sempena Hari Kanser Sedunia dan Mouth Cancer Awareness Month (ACAM), di sini, hari ini.

Karnival yang berlangsung di Dewan World Youth Foundation (WYF) itu merupakan inisiatif Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dengan kerjasama strategik WYF.

Terdahulu, Tun Dr. Mohd Ali turut menyertai aktiviti fun walk sejauh dua kilometer yang bermula seawal jam 8 pagi sebelum merasmikan karnival berkenaan.

Hadir sama Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem; Pengerusi WYF, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa.

Seramai kira-kira 2,000 pengunjung hadir memeriahkan karnival berkenaan dengan menyertai pelbagai program dan aktiviti kesihatan yang disediakan.

Bertemakan ‘Penyatuan Dalam Keunikan’, karnival itu menjadi platform interaktif kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat, di samping membuka peluang menjalani pelbagai ujian saringan kesihatan secara percuma.

Antara saringan yang disediakan termasuk saringan kanser kolorektal (iFOBT) dan saringan kanser serviks.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

371
Kongsi :
Previous post ‘TOK RAOP TAK BERTANGGUH SELESAI ISU RAKYAT’
Next post PERSEMBAHAN KUDA KEPANG ‘PUKAU’ PENGUNJUNG