Sorting by

×

LANTIKAN IMAM LUAR NEGARA PERLU IKUT PROSEDUR – EXCO

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 26 Februari – Tiada garis panduan khusus ditetapkan berhubung penggunaan khidmat imam sama ada dari dalam atau luar negara bagi mengimamkan solat di masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, bagaimanapun mana-mana masjid atau surau berhasrat melantik imam dari luar negara perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Menurutnya, permohonan itu perlu dibuat selaras dengan Garis Panduan Permohonan Kebenaran Penceramah Luar Negara dan tertakluk kepada ulasan serta sokongan daripada Jabatan Mufti Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Tiada halangan untuk menggunakan khidmat imam luar negara, namun prosedur dan syarat ditetapkan perlu dipatuhi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas mengenai jemputan penceramah bagi ceramah atau tazkirah sepanjang Ramadan, Rahmad menjelaskan ia tertakluk kepada peraturan dan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu setiap penceramah wajib memiliki tauliah mengajar.

“Bagi penceramah luar negara, pihak penganjur perlu mengemukakan permohonan kepada JAIM.

“Manakala penceramah dari luar Melaka perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Jabatan Mufti Melaka sebelum dibenarkan menyampaikan ceramah di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

397
Kongsi :
Previous post YURAN TADIKA PERCUMA UNTUK HAMPIR 600 ANAK TELOK MAS
Next post 113 SIRI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL