Sorting by

×

MPAG SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN DI 9 DUN SEPANJANG RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

LENDU 28 Februari – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengimarahkan Ramadan dengan menganjurkan program-program berbentuk kebajikan bertujuan menyantuni golongan memerlukan.

Yang Dipertua MPAG Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, program itu akan digerakkan sepanjang Ramadan tahun ini membabitkan sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan pentadbirannya.

Jelas beliau, sembilan DUN itu adalah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Gadek, Rembia, Machap Jaya dan Durian Tunggal.

“Penyampaian bantuan ini akan melibatkan rakyat atau masyarakat berpendapatan rendah dan bagi mengenal pasti penerima yang layak kami bekerjasama sama dengan Japerun DUN berkenaan.

“Menjadi harapan kami agar inisiatif dilaksanakan MPAG mengukir senyuman dan meringankan beban penerima khusus menjelang sambutan Aidilfitri nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin pada Program Imarah Ramadan MPAG 2026 Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk di hadapan Balai Bomba Masjid Tanah, Jalan Solok Duku, di sini, pada Khamis.

Majlis disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli serta lain-lain kenamaan.

Menurut TPr. Saifuddin berkata, selain sumbangan kepada golongan memerlukan, sempena Ramadan tahun ini juga MPAG turut menerapkan elemen berkongsi rezeki dengan komuniti menerusi program memasak dan mengedar bubur lambuk.

Jelas beliau, sebanyak dua siri program edaran bubur lambuk diadakan iaitu di hadapan Balai Bomba Masjid Tanah (26 Februari) dan di Dataran Keris pada 3 Mac.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

515
Kongsi :
Previous post LEMBU BAWA REZEKI UNTUK ORANG KAMPUNG
Next post TIGA REMAJA MAUT, SEORANG PARAH KEMALANGAN MOTOSIKAL DI TAMBAK PAYA