
TAMAN REMBIA INDAH, PERUMAHAN GAYA HIDUP MODEN
REMBIA 27 Februari – Taman Rembia Indah yang dibangunkan oleh pemaju terkemuka Melaka, PB Realty Group menjadi projek perumahan tumpuan ramai apabila Hari Terbuka Rumah Contoh dan Hari Penghargaan Pelanggan yang diadakan 8 Februari lalu mendapat sambutan luar biasa.
Majlis itu bukan sahaja membuka peluang orang ramai melihat rumah contoh dengan konsep moden yang dibangunkan di lokasi strategik, bahkan turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah cabutan bertuah dan jamuan makan.
Istimewanya, apabila projek berkenaan telah mencapai jualan penuh, para pembeli rumah juga berpeluang menyertai cabutan bertuah utama yang menawarkan sebuah kereta Honda HR-V dan sebuah rumah teres setingkat sebagai tanda penghargaan daripada PB Realty.
Terletak di tengah-tengah bandar Alor Gajah, Taman Rembia Indah meliputi kawasan seluas kira-kira 200 ekar dan sedang dibangunkan secara berperingkat dengan kemajuan pembinaan yang memberangsangkan.
Ia merupakan antara pembangunan perumahan berskala besar yang paling dinanti-nantikan di Melaka sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan merangkumi lebih 2,400 unit rumah teres setingkat, direka berteraskan konsep praktikal dan selesa, di mana setiap unit dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, sesuai untuk keluarga kecil moden, pembeli rumah pertama, golongan profesional bujang serta pelabur.
Istimewanya, projek perumahan itu turut merangkumi 17 ekar kawasan hijau termasuk taman rekreasi, trek joging dan taman permainan kanak-kanak serta 6.2 ekar tasik buatan sekali gus mewujudkan persekitaran kediaman yang nyaman serta menenangkan.
Antara unit yang ditawarkan adalah Jenis B (22’ x 65’), Jenis C (22’ x 70’) dan Jenis D (22’ x 75’). Pembeli juga dapat menikmati yuran guaman dan duti setem percuma, selain tanpa bayaran pendahuluan.
Selain itu, pembeli rumah pertama juga bakal mendapat dua unit pendingin hawa (selagi stok masih ada), manakala pembeli yang berjaya menandatangani S&P (Jenis C dan D sahaja) layak menyertai cabutan bertuah seterusnya.
Untuk maklumat lanjut atau temujanji lawatan rumah contoh, sila hubungi pasukan jualan atau WhatsApp 06-3373333.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


