Sorting by

×

MENARA TAMING SARI SEMARAK RAMADAN, EDAR BUBUR LAMBUK SETIAP JUMAAT

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDA HILIR 27 Februari – Menara Taming Sari meneruskan tradisi edaran bubur lambuk sempena Ramadan tahun ini apabila mengagihkan sebanyak 300 bubur lambuk kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan.

Menurutnya, edaran bubur lambuk pada kali ini dilaksanakan setiap hari Jumaat sepanjang Ramadan melibatkan tiga siri edaran keseluruhannya.

“Bagi edaran minggu pertama, sebanyak 300 bekas bubur lambuk diagihkan kepada penduduk setempat serta pengunjung yang melalui kawasan Banda Hilir termasuk pengayuh beca.

“Pada minggu hadapan kita akan bekerjasama dengan Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) bagi mengedarkan bubur lambuk melibatkan hampir lima periuk,” katanya.

6127419396855631433
NUR Azan bersama warga kerja Menara Taming Sari sebelum edaran bubur lambuk. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mengedarkan bubur lambuk di perkarangan Menara Taming Sari, di sini, hari ini.

Katanya, program edaran bubur lambuk itu merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat MTSB dalam mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

“Inisiatif ini juga secara tidak langsung dapat memeriahkan suasana Ramadan di kawasan tumpuan pelancong khususnya Banda Hilir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

827
Kongsi :
Previous post ANAK MELAKA DAPAT DISKAUN NAIK MELAKA RIVER CRUISE SEPANJANG RAMADAN