
TIADA ADUAN HARGA ‘CEKIK DARAH’ DI BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI MELAKA
AYER KEROH 28 Februari – Tiada sebarang aduan diterima berhubung kenaikan harga barang atau makanan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri setakat 24 Februari lalu.
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, perkara itu menunjukkan peniaga masih mematuhi harga berpatutan bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan kepuasan pengunjung.
“Pihak berkuasa sentiasa memantau harga di bazar Ramadan dan Aidilfitri bagi mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga secara tidak munasabah.
“Sebarang aduan daripada orang ramai akan diteliti dengan segera dan langkah seperti nasihat, amaran, atau tindakan penguatkuasaan boleh diambil bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Allex kerjasama pengunjung dan peniaga amat penting bagi mengekalkan suasana bazar yang adil, selamat, dan kondusif sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
“Saya meminta orang ramai supaya terus memantau harga barangan dan melaporkan sebarang salah laku agar tindakan segera dapat diambil,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
JEREBU: MENARA TAMING SARI BEROPERASI SEPERTI BIASA
TELOK MAS 17 Oktober - Menara Taming Sari meneruskan operasi seperti biasa sepanjang musim jerebu, namun tahap jarak penglihatan akan...
HITS PERNAMA RINGANKAN BELANJA DAPUR KELUARGA TENTERA
SUNGAI UDANG 17 Oktober - Perbezaan harga lebih RM10 bagi sekampit beras mungkin kelihatan kecil, namun bagi Eva Shalyana Shahrom,...
TOK RAUF SAYANG, JAGA ABANG RIDER MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Atas dasar semangat sayangkan rakyat, kini satu persatu beban membelenggu pekerja gig khusus di Masjid...

