Sorting by

×

YB RAIS, SAMB SINARI SYAWAL 53 ANAK YATIM

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 28 Februari – Seramai 53 anak yatim dari Parlimen Tangga Batu diceriakan menjelang Aidilfitri menerusi Program Sinar Syawal Sumbangan Baju Raya Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) Tahun 2026, hari ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, menerusi program itu, kesemua anak yatim dibelanja membeli baju raya bagi menyambut lebaran yang bakal tiba.

Selain baju raya, beliau berkata, sumbangan duit raya turut disampaikan bagi memuliakan anak-anak yatim sempena Ramadan kali ini.

“Alhamdulillah, Parlimen Tangga Batu menjadi yang pertama untuk program sumbangan oleh SAMB ini dan selepas ini ia akan menjelajah ke Parlimen-Parlimen lain pula.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana sentiasa menggalakkan inisiatif-inisiatif kebajikan berteraskan Melaka Sayang Rakyat seperti ini.

“Insya-Allah, kita sama-sama mendoakan agar Negeri Melaka sentiasa dipayungi Allah SWT asbab daripada apa yang kita lakukan kepada rakyat, asnaf dan anak yatim seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program berkenaan yang diadakan di sebuah pasar raya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SAMB Datuk Roslan Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB Datuk Mohd Saleh Jusman.

Img 20260228 wa0035
RAIS dan isteri membantu anak-anak yatim memilih baju raya. Foto Rais Yasin

Terdahulu, pada program itu, Rais bersama isteri Datin Ernie Aidilia Karim turut meluangkan masa membantu anak-anak yatim memilih baju raya kesukaan mereka di pasar raya berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

433
Kongsi :
Previous post LEBIH 800 WANITA HANG TUAH JAYA IMARAH MAHABBAH AL-QURAN
Next post 99 PERATUS PENIAGA EMPAT BAZAR RAMADAN MPHTJ PATUH PERATURAN