Sorting by

×

KEGEMBIRAAN 84 ANAK YATIM, ASNAF WARNAI Q’ASEH RAMADAN

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 1 Mac – Program Q’aseh Ramadan 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam serta mengimarahkan masjid dalam kalangan penduduk setempat.

Pengerusi Masjid Taman Tasik Utama Ir. Noor Fadhil Noor Muhammad berkata, program anjuran MTD Properties itu bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim komuniti, malah mendekatkan jemaah dan penduduk Islam dengan institusi masjid.

“Dengan adanya program seperti ini, ia boleh mendekatkan jemaah dan penduduk sekitar, khususnya umat Islam, untuk lebih mengimarahkan masjid,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu di Masjid Taman Tasik Utama di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD Reime Rizal Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MTD Dr. Nik Fauzan Nik Faizul.

Noor Fadhil turut berharap lebih banyak syarikat korporat tampil bekerjasama dengan pihak masjid dalam menganjurkan program kemasyarakatan dan kebajikan, khususnya sepanjang Ramadan.

“Selain program Ramadan, pihak masjid juga merancang penganjuran majlis sempena Hari Raya Aidilfitri serta program korban pada Hari Raya Aidiladha sebagai usaha berterusan mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Terima kasih kepada MTD Properties kerana julung kalinya mengadakan program ini bersama pihak masjid, diharapkan ia dapat diteruskan sebagai acara tahunan pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
Next post 1,047 PESERTA IMARAH MAJLIS MAHABBAH RAMADAN HAWA 2026