Sorting by

×

MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 3 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut hitam pada Majlis Ramadan Berkat MPHTJ di hadapan Melaka Mall, di sini, hari ini.

 

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan

Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) MPHTJ pada bulan Ramadan.

Katanya, program yang bermula seawal jam 3 petang itu merupakan kerjasama antara MPHTJ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka.

“Tahun ini MPHTJ mencipta sedikit kelainan dengan mengagihkan bubur kacang dan bubur pulut hitam kepada pengguna jalan raya.

“Bubur lambuk sudah terlalu biasa, jadi MPHTJ bersama SPRM pada program ini bersama-sama berganding bahu mengedarkan pemberian ini,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan pek bubur kepada pengguna jalan raya pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron; Pengarah SPRM Negeri Melaka Datuk Adi Supian Shafie serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Zulkiflee turut memaklumkan MPHTJ akan melaksanakan lebih 10 program sepanjang Ramadan ini, termasuklah menyantuni golongan-golongan rentan dan petugas hadapan di kawasan Hang Tuah Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

277
Kongsi :
Previous post BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
Next post MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR