Sorting by

×

JUALAN RAHMAH BERGERAK RINGANKAN BEBAN PERBELANJAAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KESIDANG 6 Mac – Penganjuran 91 Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) bergerak sepanjang Ramadan di seluruh Melaka membantu memudahkan rakyat khususnya umat Islam mendapatkan barangan keperluan harian pada tawaran harga lebih murah.

Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin berkata, semua PJRM menawarkan barangan basah dan kering yang menjadi keperluan harian.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 113 penganjuran PJRM termasuk 22 daripadanya diadakan di premis tetap sama ada di pasar raya atau kedai runcit terpilih.

“Menerusi PJRM, pengguna khususnya dapat menikmati penjimatan harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Jualan ini dimeriahkan dengan penyertaan rakan strategik yang menawarkan pelbagai barangan keperluan termasuk barangan basah seperti ayam, daging, ikan dan sayur-sayuran untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

“Ia pastinya ia menjadi lokasi pilihan tepat untuk rakyat mendapatkan barangan keperluan kerana bukan sahaja dapat berjimat malah menjimatkan masa” katanya.

Allex yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan lesen niaga kepada peniaga dan meninjau kaunter tuntutan E-Wallet di Bazar Ramadan Rahmah Taman Melaka Baru, pada Rabu.

Menurutnya, sebelum tibanya Syawal turut akan berlangsung adalah PJRM Mantai Aidilfitri di empat lokasi terpilih antaranya di Masjid Jamek Al-Huda, Tambak Balai Panjang pada 14 Mac depan.

“Dengan penganjuran program jualan ini kita berharap ia akan membolehkan rakyat memperoleh barangan keperluan dengan harga lebih rendah di satu tempat,” katanya.

Jelasnya, di samping itu juga Kerajaan Negeri meminta KPDN agar meneruskan pemantauan harga ini bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan sekaligus melindungi kepentingan pengguna.

Terdahulu, 90 peniaga di Bazar Ramadan Rahmah Taman Melaka Baru menerima lesen niaga bazar Ramadan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

411
Kongsi :
Previous post RAMAI MASIH SELESA BAYAR ZAKAT SECARA BERSEMUKA
Next post PPR KLEBANG SIAP TAHUN INI