Sorting by

×

‘HARI INI SAYA BUKAN KETUA MENTERI, SAYA DAK RAOP ANAK JATI MASJID TANAH’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TANJUNG BIDARA 15 Mac – Bukan komited memajukan negeri, tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh juga membuktikan beliau juga seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat.

Ia dibuktikan menerusi Program Dapur Tok Rauf yang menjadi antara pengisian program bersama rakyat yang diadakan pada penghujung Ramadan.

Menerusi program tersebut, Ab Rauf bukan sahaja meninggalkan seketika protokol sebagai ketua negeri, malah, beliau juga turut bersama masyarakat dalam aktiviti bergotong-royong bagi memasak juadah untuk berbuka puasa.

Menurut beliau, program seumpamanya seakan mengembalikan dirinya sebagai anak kampung yang bangga dilahirkan di Masjid Tanah.

“Hari ini saya bukan (datang sebagai) Ketua Menteri, tetapi hari ini saya adalah ‘Dak Raop’, anak jati Tanjung Bidara dan Masjid Tanah yang duduk bersama ‘keluarga besar’ Masjid Tanah.

“Sebagai anak kampung yang membesar dan lahir di kampung saya mahu membawa cara hidup masyarakat kampung yang hidup harmoni dan sentiasa bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pelakon popular Bell Ngasri ketika memasak gulai kawah dalam Program Dapur Tok Rauf di Masjid As-Salam, Kampung Ayer Hitam Darat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berharap tradisi masyarakat kampung yang sering bersama dalam pelbagai program dapat diwarisi generasi akan datang.

“Sebab itulah saya mahu bawa program dan semangat seperti ini kerana inilah yang menunjukkan kekuatan sebenar kita dalam mengeratkan silaturahim dan persaudaraan sebagai sebuah keluarga besar,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

311
Kongsi :
Previous post GULAI KAWAH ‘SPECIAL’ AIR TANGAN TOK RAUF UNTUK ORANG TANJUNG BIDARA
Next post HADIAH UNTUK ORANG MASJID TANAH 19 MAC INI