Sorting by

×

WAJAH BAHARU WRUR 2026 BUKA TIRAI DI ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 49 Saat

ASAHAN 4 April – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diberi nafas baharu pada tahun 2026 ini membuka tirainya di Parlimen Alor Gajah.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf berkata, pendekatan baharu itu menyaksikan WRUR tidak lagi berkampung di setiap DUN selama dua minggu, sebaliknya, ia kini diperluaskan di peringkat Parlimen dengan misi yang sama iaitu mendekatkan kerajaan terus kepada rakyat.

Jelas beliau, WRUR Alor Gajah: Kampung Kita menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi lokasi pertama iaitu bermula 3 hingga 11 April, sebelum bergerak ke DUN Gadek pada 12 hingga 18 April dan diakhiri di DUN Machap Jaya pada 19 hingga 25 April 2026.

“WRUR ini merupakan antara program di bawah payung dan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), di mana ia menuntut setiap wakil rakyat menyelesaikan permasalahan di peringkat kawasan masing-masing.

“Ini merupakan komitmen dizahirkan Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan rakyat benar-benar merasai kehadiran wakil rakyat dan kerajaan, selain memastikan tiada yang rakyat yang terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Alor Gajah: Kampung Kita dan Majlis Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Bukit Senggeh, di sini, hari ini.

Jamuan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, WRUR yang bermula awal tahun lalu kini telah bergerak ke 11 DUN dalam Negeri Melaka dan sejak dilaksanakan ia bukan sahaja mendapat sambutan baik daripada rakyat di peringkat akar umbi, malah turut meraih pencapaian membanggakan dalam aspek penyelesaian masalah rakyat.

Jelas beliau, daripada 11 siri yang dianjurkan itu, sebanyak 90 peratus masalah rakyat berjaya diselesaikan, manakala baki 10 peratus lagi akan terus dipantau untuk diselesaikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

383
Kongsi :
Previous post MELAKA TIDAK LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH
Next post PENDUDUK ASAHAN NIKMATI PELBAGAI LIMPAHAN NIKMAT DALAM 3 TAHUN