Sorting by

×

MASJID, SEKOLAH DUN KESIDANG TERIMA SUMBANGAN RM80,000

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KESIDANG 10 April – Sebanyak RM80,000 disalurkan kepada masjid dan sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang sebagai usaha memperkasa komuniti beragama Islam dan pendidikan di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin berkata, sebanyak lapan masjid menerima sumbangan RM5,000 setiap satu dengan sumbangan keseluruhan berjumlah RM40,000.

Selain itu, katanya, tujuh sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah turut diberikan sumbangan RM5,000 dengan nilai keseluruhan RM40,000.

“Bantuan itu diberikan bertujuan untuk menyokong pelbagai aktiviti pembangunan dan kebajikan di peringkat akar umbi.

“Usaha ini juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan masyarakat setempat terus terpelihara,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat DUN Kesidang di Dewan Terbuka SMK Malim, di sini, baru-baru ini.

Allex yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, pada majlis tersebut turut disampaikan baucar bernilai RM100 kepada pelajar daripada 12 sekolah dalam DUN terbabit.

Selain itu, ujar beliau, sumbangan turut diberikan kepada 40 penerima asnaf yang disalur menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban golongan memerlukan di samping menceriakan sambutan Aidilfitri sekali gus ia turut menjadi sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kebajikan masyarakat di peringkat tempatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

359
Kongsi :
Previous post WRUR ASAHAN DAPAT SAMBUTAN BAIK, RAKYAT MENANTI SIRI KEDUA
Next post SENARAI ATLET MELAKA KE SUKMA XXII DIUMUM HUJUNG MEI