Sorting by

×

WRUR ASAHAN: KETUA MENTERI SANJUNG JASA PESARA POLIS

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

ASAHAN 8 April – Payung Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus dirasai secara menyeluruh di segenap spektrum termasuklah kepada golongan pesara badan beruniform yang banyak menabur bakti kepada negara sebelum ini.

Sanjungan tinggi itu dirasai pada program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan apabila seramai 60 pesara polis diraikan pada program Hi-Tea Bersama Pesara Polis di Pejabat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selandar, di sini, hari ini.

Pada program itu, Ab Rauf meluangkan masa lebih 30 minit menyantuni pesara polis yang hadir, selain turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas jasa yang ditabur dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara selama ini.

Sementara itu, salah seorang pesara yang ditemui, Roslee Pilus, 65, menyatakan rasa bertuah apabila mendapat penghargaan daripada pemimpin tertinggi negeri.

Katanya, program santunan mesra seperti itu secara tidak langsung menggambarkan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah meminggir atau melupakan golongan pesara.

“Kami rasa bersyukur, bertuah dan bangga apabila mendapat penghargaan daripada pemimpin tertinggi seperti ini.

“Malah dalam ucapannya, Ketua Menteri banyak bercerita mengenai sejarah, sekali gus menggambarkan dirinya mempunyai jiwa seorang pejuang walaupun bukan seorang yang bekerja dalam unit beruniform kerana hanya pejuang sahaja yang amat menghayati sejarah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

436
Kongsi :
Previous post DR AKMAL KEKAL EXCO MELAKA, PELETAKAN JAWATAN DITOLAK – AB RAUF
Next post WRUR ASAHAN: DISANGKA DEMAM BIASA, RUPANYA KANSER DARAH TAHAP 4