Sorting by

×

JAMUAN AIDILFITRI SUK TERJEMAH MELAKA SAYANG PENJAWAT AWAM

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

SERI NEGERI 9 April – Kira-kira 1,000 penjawat awam dan tetamu jemputan memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Seri Negeri, di sini, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad berkata, jamuan itu diadakan bukan sahaja untuk menyemarakkan suasana lebaran, bahkan pada masa sama, menjadi medan dalam memperkukuh ikatan silaturahim di antara penjawat awam negeri dan persekutuan di negeri ini.

“Jamuan ini merupakan salah satu usaha atau platform untuk kita menzahirkan kebersamaan dalam perkhidmatan awam.

“Majlis seperti ini juga mampu menjadi pemangkin untuk kita melahirkan kakitangan awam yang bersatu dan bekerjasama di antara satu sama lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada majlis berkenaan.

6248889060625681776
AZHAR bergambar bersama penjawat awam yang hadir ke Jamuan Hari Raya Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Dataran Seri Negeri. Foto Afiq Mustaffa

Terdahulu, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman dan turut bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Azhar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang sentiasa memberi sokongan dalam memacu perkhidmatan awam Melaka ke arah lebih cemerlang dan gemilang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

389
Kongsi :
Previous post WRUR ASAHAN: JULANG MARTABAT, RAIKAN ORANG ASLI
Next post MPJ BANGUNKAN KEMUDAHAN REKREASI INKLUSIF, MESRA OKU