Sorting by

×

MAIM SEDIA 6 PROGRAM KEMAHIRAN BANTU PERKASA ASNAF

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PENGKALAN BATU 9 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan dalam membantu memperkasa golongan asnaf dengan menyediakan kursus kemahiran secara percuma.

Ia menerusi Program Latihan Insan Asnaf (LINNAS) oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIM bermula pada bulan ini.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak enam kursus kemahiran akan disediakan pada pada tahun ini khusus kepada ahli keluarga asnaf.

Jelas MAIM, antara kursus yang disediakan adalah Kursus Lanjutan Jahitan yang dijadual pada 18 hingga 19 April 2026 serta Kursus Lanjutan Masakan pada 17 Mei 2026 yang diadakan di Giatmara Melaka-Cawangan Tangga Batu.

“Selain itu, empat lagi kursus akan diadakan di Kolej Komuniti Jasin iaitu Kursus Lanjutan Urutan pada 28 Jun 2026; Kursus Lanjutan Kraftangan dan Gubahan (12 Julai 2026); Kursus Lanjutan Solekan dan Andaman (16 Ogos 2026) serta Kursus Teknologi Maklumat (27 September 2026).

“Setiap kursus ini bagaimanapun terhad kepada 15 peserta sahaja membabitkan ahli keluarga asnaf berumur 18 hingga 45 tahun sahaja dan penyertaan yang berjaya akan menerima pelawaan melalui aplikasi WhatsApp,” kata kenyataan itu.

Menurut MAIM, selain yuran percuma, asnaf yang menyertai program itu turut menerima manfaat daripada sudut keperluan kursus, selain makan dan minum disediakan.

WhatsApp Image 2026 04 09 at 17.43.11

Untuk maklumat lanjut, asnaf atau orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Insan di aplikasi WhatsApp di talian +6011-58914140 Whatsapp, atau bagi tujuan pendaftaran boleh mengimbas kod respon pantas (QR) pada poster yang disediakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post MELAKA NAIKKAN PERUNTUKAN ‘MELAKA RUMAHKU’ KEPADA RM5 JUTA
Next post MHI, DBP WILAYAH SELATAN PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MARTABAT BAHASA