Sorting by

×

TOK RAOP GAMIT MEMORI BERGELAR PELAJAR SMK GHAFAR BABA

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

LENDU 11 April – Selepas 49 tahun meninggalkan Sekolah Kebangsaan Ghafar Baba (SMKGB), Masjid Tanah, memori zaman menimba ilmu ketika bergelar pelajar masih segar dalam ingatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Sebagai alumni SMKGB, beliau bangga melihat perkembangan sekolah berkenaan yang terus memainkan peranan penting dalam melahirkan anak jati Masjid Tanah cemerlang akademik serta berwawasan.

“Kehadiran saya kali ini cukup berbeza maknanya, saya hadir bukan sekadar sebagai Ketua Menteri Melaka, tetapi sebagai alumni kepada sekolah ini. Lima tahun saya di sini sejak tahun 1973 hingga 1977, 49 tahun saya telah meninggalkan kenangan di sini.

“Sekolah yang pernah membentuk langkah pertama saya yang pernah mengajar saya erti jatuh dan bangkit. Majlis dianjurkan bukan sekadar medan meraikan kemeriahan Aidilfitri, tetapi menjadi platform untuk kita bersama- sama menyumbang dalam usaha menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih baik buat anak-anak SMKGB,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Gema Klasik Syawal Seindah Kenangan, Semanis Syawal di SMKGB, Masjid Tanah, di sini hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ibrahim Durum, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Yang turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKGB Rudyharrif Shariman dan Pengetua SMKGB Sahreah Md Zin.

Atas semangat alumni, Ketua Menteri juga menegaskan beliau SMKGB akan sentiasa mendapat perhatian daripada beliau termasuk memastikan pelajarnya mendapat akses terbaik dalam aspek melibatkan kecemerlangan akademik.

“Seluruh anak-anak Melaka mesti menerima kualiti pembelajaran yang terbaik daripada kemudahan, pendidikan, teknologi hinggalah peluang masa depan kerana ini bukan sekadar tanggungjawab sebagai Ketua Menteri tetapi ini adalah amanah sebagai seorang alumni.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

704
Kongsi :
Previous post WRUR GADEK: 80 PROGRAM DIGERAK, MASALAH RAKYAT JADI KEUTAMAAN
Next post KEROSAKAN RUMAH, TANAH RUNTUH ANTARA ISU UTAMA PENDUDUK GADEK