Sorting by

×

TPM, KENAMAAN BESAR HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, mencuri perhatian apabila dihadiri kenamaan-kenamaan besar dalam negara.

Antara yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tiba di lokasi majlis kira-kira jam 5.30 petang.

Selain itu, hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan lain-lain lagi.

Turut kelihatan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami.

094a1f1b 5a3a 4f20 8dfb 3762e631eca1
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka 2026.
Foto Afiq Mustaffa

Rumah Terbuka Aidilfitri berkonsep Melaka Sayang Rakyat itu bermula pada jam 4.30 petang hingga 11.30 malam dengan pelbagai juadah disajikan kepada pengunjung.

Tidak hanya itu, pengunjung yang juga bakal dihiburkan dengan persembahan artis istimewa dari seberang seperti Datuk Seri Rossa dan Cakra Khan, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, selain penampilan artis tempatan antaranya Tam Spider, P Radhi, Roger Kajol dan lain-lain lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

391
Kongsi :
Previous post UNIMEL DIYAKINI MAJIKAN DAN INDUSTRI, TERIMA PENARAFAN 6 BINTANG TALENTBANK
Next post TOK TI BUAT KEJUTAN NYANYIKAN 2 LAGU DI RUMAH TERBUKA TOK RAOP