Sorting by

×

TAM SPIDER, DATUK RAMLI SARIP GEGAR MASJID TANAH

Masa Membaca:34 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Persembahan penuh bertenaga daripada Tam Spider dan Datuk Ramli Sarip menggegar Masjid Tanah, malam ini.

Penampilan istimewa dua artis popular itu dibawakan khas bersempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, di sini.

Tam Spider mendendangkan empat buah lagu popularnya, antaranya Relaku Pujuk dan Laukku Cukup Masin.

Manakala Datuk Ramli Sarip pula memukau tetamu dengan lagu Teratai, Camelia dan Doa Buat Kekasih.

Terdahulu, pada sebelah petang, tetamu majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan dua lagu raya popularnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

226
Kongsi :
Previous post WRUR: 8 PROGRAM PERPADUAN WARNAI ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA
Next post APAM BALIK ‘CRISPY’ MHI JUADAH ISTIMEWA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI