
APAM BALIK ‘CRISPY’ MHI JUADAH ISTIMEWA RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI
TANJUNG BIDARA 12 April – Apam balik rangup menjadi antara lebih 60 juadah disediakan di Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, di sini, hari ini.
Juadah kegemaran ramai itu disediakan Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd untuk disajikan kepada semua pengunjung berbilang kaum yang hadir.
Difahamkan, lebih 80 gerai makanan disediakan kepada tetamu yang hadir.
Antara juadah lain yang disajikan adalah sate, lemang, rendang, nasi himpit, kambing golek, asam pedas, nasi ayam gepuk, roti canai, mi goreng dan aneka kuih-muih.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang bergambar di empat ‘photobooth’ yang disediakan, di mana, mereka juga dapat membawa pulang gambar yang siap dicetak secara percuma.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PINGAT KHIDMAT LAMA IKTIRAF JASA ‘PENJAGA’ PARIT DAN SALIRAN MELAKA
SERI NEGERI 28 Ogos - Lebih 23 tahun menabur bakti bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjadikan Mohamad Saleh Mamat,...
PANTAI SIRING BAKAL JADI ‘PERMATA’ PELANCONGAN PESISIR SELATAN MELAKA
SERKAM 28 Ogos - Pantai Siring bakal ditransformasi sebagai destinasi pelancongan baharu di pesisir selatan Melaka menerusi pembangunan secara berperingkat...
MELAKA MENUJU ‘NO MICROWAVE POLICY’, BERALIH KE GENTIAN OPTIK
SERI NEGERI 28 Ogos - Melaka sedang bergerak ke arah pelaksanaan 'No Microwave Policy' dengan memperluas penggunaan gentian optik berkapasiti...
MELAKA CIPTA SEJARAH, 5 KAPAL TLDM BERLABUH SEMPENA MERDEKA
SERKAM 28 Ogos - Melaka mencipta sejarah apabila lima kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan berlabuh di perairan...
‘SIBUK MACAM MANA PUN, MESTI NAK JENGAH RAKYAT’
SERKAM 27 Ogos - Kesibukan mengurus pentadbiran negeri bukan alasan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk...
DANA ZAKAT SOKONG USAHA PEMULIHAN ‘ASNAF RIQAB’ – MAIM
MERLIMAU 28 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mahu dana zakat dimanfaatkan bukan sekadar untuk bantuan, tetapi turut membina...
