Sorting by

×

WRUR MACHAP JAYA BUKA TIRAI PENUH MERIAH

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

MACHAP JAYA 18 April – Konvoi motosikal menrrusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) membuka tirai program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya yang bermula hari ini hingga 25 April.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem berkata, program konvoi motosikal itu antara lapan program yang disusun atur sepanjang hari pertama pengisian program santunan rakyat di DUN itu.

Beliau berkata, selain konvoi, program CSR membabitkan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) itu turut menyantuni penduduk menerusi program pemeriksaan asas motosikal secara percuma.

“Bersempena WRUR DUN Machap Jaya juga turut diadakan Kursus Pra Perkahwinan Islam Peringkat Parlimen Alor Gajah apabila dihadiri seramai 120 bakal pengantin.

“Untuk permulaan WRUR DUN Machap Jaya ini kita lihat mendapat sokongan positif dalam kalangan penduduk apabila penganjuran jamuan Aidilfitri turut berlangsung meriah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Kursus Pra Perkahwinan Islam Peringkat Parlimen Alor Gajah di Kompleks Japerun Machap Jaya, hari ini.

Hee Sem yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, penduduk setempat khususnya diharap untuk sama-sama menjayakan program WRUR ini kerana pelaksanaan siri program diadakan secara menyeluruh dan pastinya akan memberi manfaat kepada mereka.

“Penganjuran ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat selain memastikan setiap permasalahan serta keperluan penduduk dapat dikenal pasti sekali gus ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

372
Kongsi :
Previous post DUA MUZIUM MELAKA TERIMA PENGIKTIRAFAN ‘SILVER’ MYTQA
Next post KOMUNITI PANTAI PERINGGIT JADI CONTOH SEMANGAT KEMASYARAKATAN