Sorting by

×

‘NGOCA’ DIANGKAT TARIKAN PELANCONGAN MACHAP JAYA

Masa Membaca:59 Saat

MACHAP JAYA 20 April – Acara mengoca berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk tarikan dalam usaha memperkasa industri pelancongan luar bandar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, DUN berkenaan sebenarnya memiliki beberapa lagi tarikan lain yang boleh dikomersialkan secara berperingkat.

“Kita akan promosi dan perkasakan tarikan pelancongan di DUN ini ssecara berperingkat supaya Machap Jaya selepas ini juga dikenali sebagai lokasi kaya dengan tarikan pelancongan.

“Produk boleh diketengahkan adalah seperti aktiviti pembuatan batik, pelbagai produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan aktiviti pelancongan sukan seperti mendaki bukit (hiking).

“Ia diikuti dengan aktiviti mengoca sebagai pelancongan sukan tradisi yang akan diangkat supaya sukan yang menjadi aktiviti penduduk kampung diperkenal dan tidak dilupakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Ngoca Gembira Bersama dan Majlis Silaturahim Aidilfitri bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Solok Batu Dinding, Kampung Kuala Sungga, Machap Jaya, Alor Gajah, di sini, semalam.

Hadir sama, Adun Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan, Adun Gadek, Datuk VP Shanmugam, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1272
Kongsi :
Previous post DILEMA BANJIR LALUAN TEBONG-TAMPIN BERAKHIR
Next post WIFI PERCUMA RAPATKAN JURANG DIGITAL ORANG ASLI ASAHAN