Sorting by

×

PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA MELAKA TERANCANG, EFISIEN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 24 April – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berharap sistem jalan raya dan pengurusan aliran trafik di Negeri Melaka sentiasa berada pada tahap yang baik, terancang dan efisien.

Jelas beliau, keutamaan terhadap infrastruktur yang selamat dan lestari penting demi keselamatan rakyat dan pengguna jalan raya.

“Projek-projek menaik taraf jalan raya juga hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mohd Ali turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah mengambil tindakan proaktif dalam mencari sumber-sumber air alternatif bagi membantukan menstabilkan paras empangan utama di negeri ini susulan cuacana panas berpanjang sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh, keadaan itu berpotensi menjejaskan kelangsungan bekalan air bersih, aktiviti ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar semua pihak, termasuk sektor industri dan seluruh rakyat memainkan peranan masing-masing dengan mengamalkan penggunaan air secara berhemah dan berdisiplin, demi memastikan bekalan air yang mencukupi, stabil dan berterusan untuk kegunaan bersama,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

275
Kongsi :
Previous post MELAKA PERLU UTAMAKAN SEKTOR PERTANIAN, PASTIKAN PENGELUARAN MAKANAN KONSISTEN
Next post DASAR PERUMAHAN MELAKA LINDUNGI KEPENTINGAN B40