Sorting by

×

AIDILADHA PENUH MAKNA BUAT MEDIA MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

SERKAM 27 Mei – Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) apabila buat julung kalinya diberi peluang menyertai ibadah korban pada tahun ini.

Penyertaan itu adalah hasil keprihatinan dan sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tenaga Nasional Berhad yang masing-masing menyumbang seekor lembu korban sempena Aidiladha 1447H.

IMG 20260527 WA0007
WARGA media Melaka bergotong-royong sempena Program Korban Kelompok di Surau Serkam Anak Air.

Pengerusi PENDIKA Amir Mamat berkata, sumbangan itu amat bermakna buat warga pengamal media di negeri ini khususnya dalam membantu golongan memerlukan menyertai ibadah korban.

Menurutnya, menerusi sumbangan berkenaan seramai 14 pengamal media di negeri ini dalam kumpulan B40 dipilih untuk menyertai ibadah korban.

“PENDIKA amat berbesar hati dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap kebajikan pengamal media, terutama mereka yang sedang berdepan cabaran kos sara hidup ketika ini.

“Penghargaan tidak terhingga juga diucapkan kepada TNB atas kesediaan bersama-sama menjayakan program korban tahun ini sekali gus memperkukuhkan hubungan baik antara sektor korporat dan komuniti media.

“Sokongan kedua-dua pihak membuktikan kebajikan pengamal media sentiasa mendapat perhatian khususnya memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir daripada menikmati manfaat program keagamaan dan kemasyarakatan,” katanya ketika ditemui pada Program Korban Kelompok yang diadakan di Surau Serkam Anak Air, di sini, hari ini.

IMG 20260527 WA0009
WARGA media Melaka bergotong-royong sempena Program Korban Kelompok di Surau Serkam Anak Air.

Tambahnya, PENDIKA turut menyambut baik semangat kebersamaan, keprihatinan dan amalan berkongsi rezeki menerusi ibadah korban yang disifatkan mampu mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat serta menyemai nilai murni yang menjadi teras perpaduan negara.

“PENDIKA mendoakan agar segala sumbangan dan amal kebajikan yang dihulurkan diterima serta diberkati Allah SWT dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk terus membantu golongan memerlukan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Amir turut merakamkan penghargaan kepada Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) yang telah memaknkan penting menyelaras sumbangan haiwan korban yang disumbangkan Perdana Menteri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

540
Kongsi :
Previous post KANAK-KANAK 10 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI SELISEK