Sorting by

×

MELAKA RIVER CRUISE TERIMA ANUGERAH GLOBAL DI SHANGHAI

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 30 Mei – Melaka River Cruise sekali lagi melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan di peringkat global sebagai sebuah produk pelancongan paling berpotensi.

Ia menerusi anugerah ‘Most Promising Partner Award 2026’ pada majlis penghargaan industri pelancongan global anjuran Trip.com yang berlangsung di Shanghai, China.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, pengiktirafan berprestij itu secara tidak langsung meletakkan Melaka River Cruise sebagai antara produk pelancongan yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Jelas beliau, ia sekali gus membuktikan potensi serta daya saing produk pelancongan Negeri Melaka di pasaran global.

“Anugerah ini merupakan satu penghormatan besar dan pengiktirafan tertinggi buat PPSPM sebagai pengendali Melaka River Cruise.

“Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan PPSPM, malah turut mengharumkan nama Negeri Melaka dan Malaysia di pentas pelancongan antarabangsa.

“Pengiktirafan ini juga menjadi pemangkin kepada PPSPM untuk terus memperkukuhkan kedudukan Melaka River Cruise sebagai produk pelancongan ikonik yang mampu menarik lebih ramai pelawat domestik dan antarabangsa, selaras dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 05 30 at 12.35.58 PM
SHAHARUL Azuar menunjukkan anugerah yang diraih Melaka River Cruise.

Terdahulu, majlis tersebut menghimpunkan lebih 3,500 pemain industri pelancongan dari 78 negara dan wilayah yang terdiri daripada agensi pelancongan, pengendali produk pelancongan, syarikat penerbangan, hotel dan rakan industri dari seluruh dunia.

Pada tahun lalu, Trip.com bersama rangkaian rakan strategiknya telah menjana nilai industri pelancongan global mencecah RM160 bilion, menjadikannya antara platform pelancongan digital terbesar dan paling berpengaruh di dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post AIDILADHA SERLAH MUAFAKAT PENDUDUK TAMAN RAMBAI UTAMA
Next post MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA