Sorting by

×

POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

MACHAP JAYA 30 Mei – Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu mencecah hampir ke 10 kilogram disebabkan permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan.

Warung yang diusahakan Ahmad Abdul Hamid, 56, bersama isteri Siti Rohida Harun, 47, menjadi ‘lubok’ kepada penggemar roti canai dan kari kambing untuk mengisi perut.

Mula beroperasi sejak 13 tahun lalu, Warung Che Mad kini dikenali bukan sahaja dalam kalangan penduduk Kampung Tebong malah mereka dari negeri bersebelahan.

Menurut Ahmad, dia tidak menyangka warungnya itu akan dikenali ramai kerana niatnya dan isteri berniaga untuk mencari pendapatan bagi menampung keluarga.

“Kalau bukan sebab pelanggan yang ‘membawa mulut’ mungkin kedai saya orang tidak kenal dan terima kasih kerana memberikan perkongsian positif sehingga kari kambing kami menjadi pilihan.

“Asalnya kami berniaga untuk mencari pendapatan sampingan kerana gaji saya ketika itu tidak mampu menampung perbelanjaan sekolah anak-anak tetapi kini Warung Che Mad menjadi sumber pendapatan tetap.

“Untuk sampai ke tahap ini pastinya bukan mudah namun saya dan isteri yakin sekiranya kita ikhlas serta pelanggan berpuas hati, Insya-Allah urusan akan dipermudahkan,” katanya.

Menurut bapa kepada lapan anak itu, untuk mendapatkan keenakan rasa kari yang digemari pelanggan isterinya terpaksa mengambil masa yang agak lama sebelum berjaya menghasilkan rasa kuah yang disukai ramai.

“Selain roti canai dan kari kambing, masakan panas turut menjadi menu yang selalu dipesan pelanggan malah boleh dikatakan kebanyakan pelanggan kami adalah pelanggan tetap,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

521
Kongsi :
Previous post PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
Next post AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI