
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat Zakaria Shamsudin, 42, pada 12.19 tengah hari tadi.
“Polis mengesahkan mayat itu ialah individu yang dilaporkan hilang hampir seminggu lepas.
“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 1 Jun, Zakaria dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Simpang 4, Anak Kurau kira-kira 4 petang Ahad lepas bersama-sama anak tirinya.
Mangsa dipercayai menuju ke kawasan belukar kira-kira 300 meter dari rumah dan dilaporkan hilang daripada pandangan ketika anak tirinya berhenti untuk mengikat tali kasut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AYER LIMAU TERIMA LIMA MENARA TELEKOMUNIKASI SEJAK 2022
AYER LIMAU 6 September - Usaha memperluas capaian telekomunikasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau terus diperkasa sejak 2022...
LEBIH 5,000 GAMATKAN PEMBUKAAN WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 6 September - Lebih 5,000 rakyat membanjiri Majlis Pelancaran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan...
LEBIH 1,000 BERKONVOI BERSAMA TPM, KETUA MENTERI MELAKA
KESIDANG 6 September - Lebih 1,000 peserta berkonvoi motosikal bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi...
‘POGHUT’ JADI DNA AYER LIMAU, PUPUK KEBERSAMAAN RAKYAT TANPA JURANG PEMISAH
AYER LIMAU 6 September - Konsep 'Poghut' yang dibawa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau sejak 2022 terus menjadi...
WRUR: TELINGA MENDENGAR, MATA MELIHAT, TANGGUNGJAWAB MENYELESAIKAN
AYER LIMAU 6 September - Membawa telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan tanggungjawab untuk menyelesaikan menjadi pendekatan Kerajaan Negeri...
58 PROGRAM UNTUK RAKYAT AYER LIMAU, 97 ADUAN JADI KEUTAMAAN
AYER LIMAU 6 September - Lebih 58 program bakal digerakkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
