Sorting by

×

KONSERT GALAU PUKAU PENGUNJUNG MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI JUN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 7 Jun – Persembahan Konsert Galau menjadi acara kemuncak Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Jun di perkarangan Bangunan Stadthuys, semalam.

Konsert yang bermula tepat jam 10 malam itu menghimpunkan ribuan peminat muzik indie yang membanjiri kawasan pelancongan tersebut.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi mendapati persembahan daripada beberapa kumpulan indie itu berjaya menarik perhatian pengunjung pelbagai peringkat umur yang sama-sama menghayati lagu-lagu berunsur galau dan jiwa sepanjang dua jam.

Sorakan serta nyanyian bersama penonton mengiringi setiap persembahan, sekali gus mewujudkan suasana penuh emosi dan nostalgia dalam kalangan peminat dan pengunjung yang hadir.

Penganjuran Konsert Galau itu menjadi medan promosi awal kepada Konsert Melayar Jiwa 1.0 yang bakal berlangsung pada 27 Jun ini di Stadium Mini Bistari, Ayer Keroh.

Terdahulu, pada program sama, turut berlangsung Majlis Pelancaran Projek Naik Taraf Pencahayaan Jalan Laksamana Banda Hilir yang disempurnakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Nasrul Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan serta kenamaan lain.

Program Melaka Bila Larut Malam terus menjadi platform menghidupkan suasana malam di negeri ini menerusi pelbagai pengisian menarik yang bukan sahaja menghiburkan pengunjung, malah membantu merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

798
Kongsi :
Previous post HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
Next post BERATUR PANJANG DEMI PENGALAMAN PERTAMA ANAK