Sorting by

×

223 ADUAN RAKYAT LENDU SELESAI, BUKTI AMANAH DITUNAIKAN

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

LENDU 10 Julai – Sebanyak 223 daripada 282 aduan yang direkodkan menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu berjaya diselesaikan, membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap permasalahan rakyat diberi perhatian dan tindakan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, baki 59 aduan yang masih dalam tindakan akan terus diberi perhatian sekali gus membuktikan pentadbiran pada hari ini berpegang kepada prinsip amanah kepada rakyat perlu digalas sebaik-baiknya.

Jelas beliau, amanah rakyat bukan sekadar tanggungjawab yang hanya bermain di bibir, sebaliknya satu janji yang perlu dipikul, kepercayaan yang mesti dijaga dan tuntutan yang perlu dilunaskan sebaik-baiknya.

“Inilah bukti kasih dan tanggungjawab saya
bersama-sama barisan kepimpinan negeri
kepada warga Lendu. Saya mahu turun sendiri melihat apa yang telah dilaksanakan, apa yang masih belum selesai dan apa lagi yang boleh kerajaan bantu untuk meringankan beban rakyat.

“Kita tidak mahu aduan rakyat berlalu sepi. Kita mahu setiap suara terus didengar, setiap isu terus dipantau dan setiap keperluan rakyat diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat DUN Lendu di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ab Rauf, siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat merupakan kesinambungan kepada suara rakyat yang diterima sebelum ini menerusi program WRUR dan memastikan setiap aduan serta permasalahan dipantau serta diselesaikan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Adun Lendu di atas komitmen dan kesungguhan membawa suara serta memperjuangkan harapan rakyat di kawasan berkenaan sehingga menyaksikan pelbagai bentuk keperluan baik dalam sudut pembangunan, kebajikan dan lain-lain berjaya diselesaikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4086
Kongsi :
Previous post BULATAN SOLOK DUKU KURANGKAN KESESAKAN SEHINGGA 75 PERATUS
Next post JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU