Sorting by

×

PERBEZAAN POLITIK BUKAN MEDAN PERMUSUHAN, AB RAUF TERIMA KEPUTUSAN PH DENGAN HATI TERBUKA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

MERLIMAU 17 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak lagi bersama Kerajaan Negeri dengan hati terbuka dan menegaskan perbezaan pendirian politik tidak seharusnya membawa kepada permusuhan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh PH itu merupakan hak mereka dan tidak wajar dijadikan medan pergaduhan atau serangan bersifat peribadi.

“Kita tidak mahu memanjangkan lagi permasalahan ini, sekiranya pilihan itu datang daripada mereka untuk tidak bersama dengan pihak kerajaan.

“Boleh menyuarakan pandangan, tetapi biarlah secara profesional yang boleh diterima oleh semua lapisan rakyat.

“Semoga kepimpinan ketika ini dapat meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan cara lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT) Negeri Melaka sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dan Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kekosongan jawatan yang disandang wakil PH termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ab Rauf berkata, jawatan berkenaan secara automatik terbubar dan tidak akan diisi buat masa ini.

“Jawatan mereka secara automatik terbubar, kita tidak akan isi kerana kita tidak cukup ruang dan waktu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

342
Kongsi :
Previous post JELAJAH KETUA MENTERI: SUARA RAKYAT JADI PANDUAN KERAJAAN NEGERI
Next post HADIAH ISTIMEWA TOK RAUF UNTUK ‘PENIAGA KAMPUNG’