Sorting by

×

MAIM SUMBANG KIT MAKANAN BANTU ASNAF PANTAI KUNDOR

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PANTAI KUNDOR 21 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dan golongan kurang bernasib baik menerusi sumbangan kit makanan kepada golongan sasar.

Menerusi siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor, sebanyak 10 kit makanan telah disumbangkan MAIM kepada golongan asnaf sebagai tanda komitmen membantu mereka yang memerlukan.

Sumbangan itu telah disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika ziarah kasih di Kampung Gelam, di sini, pada Isnin.

Turut bersama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta lain-lain kenamaan.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha menyantuni masyarakat Islam di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang menekankan pendekatan turun padang serta penyampaian bantuan secara terus kepada rakyat.

Ia juga bertujuan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan dan sokongan.

Selain kit makanan, Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 10 penerima bagi meringankan beban mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1570
Kongsi :
Previous post MITC HOTEL MERIAHKAN AKSI FINAL PIALA DUNIA, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF