MELAKA WONDERLAND TAWAR PROMOSI MERDEKA, BELI 4 TIKET PERCUMA 1

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

AYER KEROH 25 Julai – Bersempena sambutan Bulan Kebangsaan, Melaka Wonderland Theme Park & Resort memperkenalkan Promosi Merdeka dengan tawaran percuma satu tiket masuk bagi setiap pembelian minimum empat tiket.

Ia sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung menikmati percutian bersama keluarga dan rakan-rakan pada harga lebih menjimatkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, promosi berkenaan merupakan inisiatif khas sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong taman tema itu, selain menggalakkan rakyat Malaysia meraikan semangat kemerdekaan melalui aktiviti riadah bersama insan tersayang.

“Melalui Promosi Merdeka ini, pengunjung hanya perlu membuat tempahan awal minimum empat tiket dan mereka akan menerima satu tiket masuk secara percuma. Tawaran ini sesuai untuk keluarga serta kumpulan rakan-rakan yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama,” katanya.

Menurut beliau, promosi tersebut dibuka bagi tempahan bermula 1 hingga 15 Ogos 2026, manakala tiket yang dibeli boleh digunakan secara ‘Open Date’ sehingga 31 Disember 2026, sekali gus memberi fleksibiliti kepada pengunjung untuk memilih tarikh lawatan yang bersesuaian.

Beliau berkata, konsep tempahan awal dengan tempoh sah yang panjang membolehkan pengunjung merancang percutian tanpa perlu terikat dengan tarikh tertentu, sekali gus menjadikan tawaran itu lebih menarik.

Selain menikmati pelbagai permainan air dan gelongsor yang menjadi tarikan utama, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti tasik seperti Pedal Boat, Tube Ride dan Fish Feeding, yang sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.

Tambah Seow, Melaka Wonderland akan terus memperkenalkan pelbagai promosi menarik dari semasa ke semasa bagi memastikan taman tema itu kekal menjadi antara destinasi pilihan pelancongan keluarga di negeri ini.

Orang ramai yang ingin menikmati Promosi Merdeka disaran membuat tempahan awal melalui saluran rasmi Melaka Wonderland sebelum 15 Ogos 2026 bagi merebut tawaran istimewa tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1549
Kongsi :
Previous post SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026 BAKAL GEGAR MELAKA
Next post MELAKA AGROFEST 2026 BAWA TEMA JAGUNG, 60,000 TONGKOL DIAGIH PERCUMA