
INISIATIF PERKASA KETERJAMINAN MAKANAN MELAKA DAPAT PERHATIAN TUN DR. MOHD ALI
SERI NEGERI 24 Ogos – Inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan aspek keterjaminan makanan di Melaka mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Tun Dr. Mohd Ali turut mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana pelaksanaan projek benih padi dan beras Melaka telah menunjukkan peningkatan hasil yang memberangsangkan.
“Kejayaan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu pesawah mendapatkan bekalan benih padi pada harga yang lebih berpatutan, seterusnya menjamin ketabilan makanan dan peningkatkan pengeluaran beras putih tempatan.
“Bagitu juga dengan penubuhan pusat akuakultur udang galah di Sungai Rambai yang menghasilkan 900 lava benih udang galah bagi setiap kitaran. Inisiatif ini diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Pusat Latihan Aquapreneur Negeri Melaka di Merlimau yang memainkan peranan penting dalam melahirkan usahawan tani moden menerusi latihan berteraskan kemahiran praktikal dan teknologi semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2026 sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi Ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.
Sehubungan itu Tun Dr. Mohd Ali berharap agar segala usaha memajukan sektor pertanian terus dipertingkatkan secara menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan keterjaminan makanana Negeri Melaka sentiasa kukuh, mampan dan berdaya saing dalam menghadapai cabaran masa hadapan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


