
MASUK PERCUMA 31 OGOS: MELAKA RIVER CRUISE JADI TUMPUAN
BANDA HILIR 31 Ogos – Tawaran kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 digunakan oleh pengunjung tempatan dan luar negara untuk meneroka keunikan Banda Hilir dengan menaiki Melaka River Cruise.
Setakat jam 11.30 pagi, lebih 1,500 pengunjung sudah menaiki Melaka River Cruise di Jeti Muara Sungai Melaka.
Seawal pagi, perkarangan jeti mula dipenuhi pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati pengalaman menyusuri Sungai Melaka tanpa perlu mengeluarkan belanja.
Biarpun terpaksa menunggu dan beratur panjang bagi mendapatkan giliran, keadaan itu tidak mematahkan semangat pengunjung yang tetap sabar menanti giliran sebelum menaiki bot.
Menariknya, kemeriahan bukan sahaja dirasai dalam kalangan rakyat Melaka tetapi pelancong dari luar negeri yang turut mengambil kesempatan untuk menikmati tarikan ikonik berkenaan secara percuma.
Suasana di Jeti Muara Sungai Melaka dijangka terus meriah sepanjang hari apabila orang ramai mengambil peluang menikmati pelbagai tarikan pelancongan yang ditawarkan secara percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggang p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
TOK RAUF KERAP TURUN PADANG, PASTIKAN BALAI NELAYAN SIAP IKUT JADUAL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Perkembangan projek balai nelayan baharu Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, sentiasa dipantau oleh Ketua...
MeSRa: MELAKA PASTIKAN KEMUDAHAN AWAM SELESA, PACU TENAGA MASA DEPAN
AYER KEROH 15 Oktober - Daripada penyediaan ruang rehat khusus untuk pekerja p-hailing hingga pembangunan ladang solar terapung berskala mega,...
