TOK RAUF BUKA JALAN BANTU RAKYAT TABOH NANING BAIKI KEHIDUPAN

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

TABOH NANING 3 September – Kerajaan Negeri terus membuka ruang dan peluang kepada rakyat untuk memperbaiki kehidupan menerusi bantuan yang bukan sekadar meringankan beban, malah membantu mereka menjana pendapatan secara lebih mampan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pendekatan berkenaan penting supaya bantuan yang disalurkan dapat menjadi pemangkin kepada rakyat untuk berdikari dan membina kehidupan lebih baik.

Menurut beliau, pelbagai bentuk bantuan disampaikan kepada masyarakat Taboh Naning sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat, termasuk bantuan kdan sokongan kepada peniaga kecil.

“Hari ini kita tidak datang dengan tangan kosong. Kita datang membawa manfaat yang menyentuh terus kehidupan rakyat.

“Kita bukan sekadar memberi bantuan. Kita mahu membuka jalan supaya rakyat mampu menjana pendapatan dan memperbaiki kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ramah MeSRa Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Kampung Orang Asli Bukit Payung sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Turut bersama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Datuk Zulkiflee Mohd Zin; Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Ab Rauf berkata, antara inisiatif yang disalurkan adalah dengan menyalurkan sumbangan peralatan perniagaan dan 13 unit khemah bernilai keseluruhan RM25,000 bagi menyokong peniaga kecil.

Selain itu, ujar beliau, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap usaha memperkasa peniaga tempatan apabila empat lesen perniagaan diserahkan kepada peniaga di Laman Santai Sri Naning.

Bukan itu sahaja, malah beliau turut menyampaikan sumbangan berupa sebuah motosikal roda tiga bernilai RM6,000 kepada seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan buah-buahan.

“Mungkin bagi sesetengah orang, nilainya nampak kecil. Tetapi bagi seorang peniaga kecil, bantuan seperti ini boleh menjadi alat untuk mencari rezeki, menyara keluarga dan berdiri semula dengan usaha sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

470
Kongsi :
Previous post 5 KELUARGA TABOH NANING TERIMA MANFAAT MELAKA RUMAHKU
Next post KEBAJIKAN 400 ORANG ASLI BUKIT PAYUNG DIBELA TANPA KIRA AGAMA