FATIN MAHU JADI ANAK KAMPUNG BUKIT PAYUNG PERTAMA GENGGAM IJAZAH SARJANA

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

TABOH NANING 4 September – Pelbagai inisiatif dan bantuan disediakan Kerajaan Negeri dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia masyarakat Orang Asli dari Kampung Bukit Payung untuk terus mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Fatin Nursyamsiah Mohd Irwan Redzuan, 27, berkata setiap tahun jumlah anak jati Kampung Bukit Payung yang menggenggam diploma dan ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang juga semakin bertambah.

Berikutan itu dia mencabar dirinya untuk menjadi anak jati Kampung Bukit Payung yang pertama menggenggam ijazah sarjana atau ‘master’, sekali gus membuktikan masyarakat Orang Asli kini semakin peka terhadap kepentingan bidang akademik.

“Selepas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) saya melanjutkan pengajian dalam kursus IjazahSarjana Muda Pemasaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sekarang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Insya-Allah tidak lama lagi sayaAll Posts akan menjalani sesi pembentangan viva, diharapkan semuanya berjalan lancar. Saya amat berharap Orang Asli yang lain manfaatkan segala peluang disediakan kerajaan, tepuk dada tanya selera, mahu atau tidak itu semua terserah pada diri sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia yang juga antara enam penerima komputer riba sumbangan Kerajaan Negeri berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah MeSRa Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Kampung Orang Asli Pukit Payung, di sini, semalam.

Katanya, pembangunan di kampung berkenaan juga seiring dengan peredaran zaman apabila Kerajaan Negeri turut menyediakan pelbagai kemudahan bagi keselesaan penduduk seperti jalan perhubungan, dewan terbuka, kemudahan elekterik, air dan lampu jalan.

“Sesuai juga dengan perkembangan dunia digital kami di Kampung Bukit Payung turut menikmati perkhidmatan internet 5G, sama seperti di kawasan lain di Melaka, ini semua bukti bahawa Kerajaan Negeri sangat cakna dan tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli.

“Terima kasih dan alhamdulillah juga atas sumbangan komputer riba, sedikit sebanyak membantu kami berjimat tak perlu guna wang biasiswa boleh simpan untuk kegunaan lain seperi membayar yuran pengajian,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

712
Kongsi :
Previous post KARNIVAL SUNGAI UDANG KAMPUNG KITA LERAI PENANTIAN DUA DEKAD
Next post 25 EDISI MELAKA BILA LARUT MALAM JANA RM2.89 JUTA