IKHTIAR TOK RAUF IKHLAS, MAHU LIHAT RAKYAT TERUS BANGKIT

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

TABOH NANING 6 September – Ikhtiar Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membantu rakyat dalam kesukaran bukan sekadar dengan menyalurkan sumbangan yang bersifat sementara.

Sebaliknya sebagai pemimpin memikul amanah, beliau memikirkan bantuan yang benar-benar memberikan impak kepada penerima agar mampu untuk bangkit semula dan cekal dalam menghadapi dugaan.

Bagi penjaja nasi lemak, buah-buahan dan makanan ringan, Dahayah Abdullah, 55, sumbangan motosikal roda tiga diterima bukan sahaja dianggap hadiah yang istimewa, malah menyuntik semangat dalam dirinya untuk terus tabah dan istiqamah melakukan apa yang diusahakan ketika ini.

“Alhamdulillah saya terima hadiah istimewa daripada Tok Rauf, motosikal roda tiga ini memberikan keselesaan, mendorong saya untuk lebih maju dalam berniaga dan paling saya berterima kasih adalah meningkatkan lagi tahap keselamatan saya sepanjang keluar mencari rezeki.

“Sebelum ini saya menunggang motosikal sudah uzur untuk keluar berniaga, berhujan atau panas saya tetap mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang menyewa di Taman Jati Indah.

Ibu tunggal ini berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan motosikal roda tiga berkenaan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Ramah MeSRa Ketua Menteri Melaka Bersama Masyarakat Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini, pada Khamis.

“Pemberian ini amat bermakna untuk saya, kalau dulu saya bawa makanan untuk jualan dalam bakul yang diikat pada motosikal, tetapi sekarang syukur alhamdulillah, sangat selesa, rasa lebih selamat.

“Saya mula berniaga dari jam 12 tengah hari hingga Maghrib, tetapi ada juga hari saya berehat di rumah kerana kaki sudah tidak kuat macam dulu. Semua ini adalah hasil keprihatinan pihak Japerun Taboh Naning,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

230
Kongsi :
Previous post MELAKA BINA MASA DEPAN, BERMULA DENGAN ANAK MUDA
Next post MELAKA PERLUKAN TENAGA, IDEA DAN SEMANGAT ANAK MUDA