’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER LIMAU 8 September – “19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur…” demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika mengulas bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin dirasai ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada tarikh 19 September mempunyai kaitan dengan kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Saya harap nanti apabila kita menyerahkan mandat ini pada rakyat, rakyat terus melihat kebaikan dan faedah yang mereka terima daripada kepimpinan Kerajaan Negeri dan gagasan Melaka Sayang Rakyat yang kita bawakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Jeti Paya Lebar, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas serta lain-lain kenamaan.

PRN Melaka sebelum ini berlangsung pada 20 November 2021 dengan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

238
Kongsi :
Previous post WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
Next post ‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED