MPJ, UMCARES TEROKA KERJASAMA PERKASA KOMUNITI JASIN

Masa Membaca:55 Saat

JASIN 20 Oktober – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meneroka potensi kerjasama dengan Pusat Jalinan Komuniti Universiti Malaya (UMCares) bagi memanfaatkan kepakaran akademik dalam meningkatkan kesejahteraan serta pembangunan komuniti di daerah itu.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, perbincangan bersama delegasi UMCares itu membuka ruang kepada kedua pihak bagi mengenal pasti bidang kerjasama yang bersesuaian dengan keperluan penduduk setempat.

“Antara bidang yang dikenal pasti termasuk pendidikan, kesihatan dan kesejahteraan, kelestarian alam sekitar serta pemerkasaan ekonomi komuniti.

“Kerjasama ini berpotensi menghubungkan kepakaran universiti dengan keperluan sebenar masyarakat bagi merangka program yang praktikal, bersasar dan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk Jasin,” katanya.

Sesi perbincangan itu diketuai Muhammad Zahiruddin bersama pengarah-pengarah jabatan MPJ, manakala delegasi UMCares diwakili Ketua Bahagian Jaringan dan Kolaborasi Prof Madya Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa.

Turut menyertai delegasi berkenaan ialah Pegawai UMCares Khairul Nizam Roslan serta Pembantu Penyelidik UMCares Noor Aina Nabila Johari dan Adrianna Abdullah Rosman.

Dalam pada itu, Muhammad Zahiruddin merakamkan penghargaan kepada delegasi UMCares atas kunjungan dan perkongsian yang membuka peluang kepada penerokaan kerjasama strategik demi manfaat masyarakat setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

780
Kongsi :
Previous post DARI PONDOK ZINK NURSAJIDAH BERTEDUH DI RUMAH SELESA HASIL KEMAKMURAN MELAKA 
Next post MESRA KEBAJIKAN: RM118.36 JUTA DISALUR, LEBIH 31,000 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT