MAIM AGIH BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH DI 6 PARLIMEN BERMULA 21 NOVEMBER

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PENGKALAN BATU 11 November – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyediakan jadual pengambilan bantuan pakaian sekolah bagi sesi persekolahan 2027 untuk anak-anak daripada keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh negeri ini.

Pengambilan bantuan menerusi Program Jom Ke Sekolah 2027M/1448H itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 21 November hingga 29 Disember ini membabitkan enam kawasan Parlimen di Melaka.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, penerima bantuan boleh merujuk jadual yang ditetapkan bagi mengetahui tarikh dan lokasi pengambilan mengikut kawasan masing-masing.

Bagi Parlimen Jasin, pengambilan dijadualkan pada 21 hingga 24 November di Dewan Tok Senara, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Jasin.

Seterusnya, penerima di Parlimen Kota Melaka boleh mendapatkan bantuan pada 28 November hingga 1 Disember di Dewan KEMAS Telok Mas, manakala bagi Parlimen Tangga Batu pada 5 hingga 8 Disember di Dewan Japerun Sungai Udang.

Bagi kawasan Parlimen Alor Gajah, pengambilan berlangsung pada 12 hingga 15 Disember di Dewan Japerun Machap Jaya, diikuti Parlimen Masjid Tanah pada 19 hingga 22 Disember di Dewan Japerun Lendu.

Sementara itu, pengambilan bagi Parlimen Hang Tuah Jaya dijadualkan pada 26 hingga 29 Disember di Dewan Demang Husin, Bukit Katil.

Sehubungan itu, penerima bantuan diminta merujuk jadual berkenaan dan hadir ke lokasi yang ditetapkan mengikut tarikh kawasan masing-masing bagi melancarkan urusan pengambilan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada cawangan MAIM yang berdekatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

125
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: UNDI HARI INI, WARISAN UNTUK ANAK CUCU ESOK – AB RAUF
Next post ‘BUKAN SAHAJA GAJI, ELAUN MENTERI JUGA WAJAR DISUMBANGKAN’ – ZAHID