
COVID-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi
KUALA LUMPUR 24 Mac. – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara setakat semalam kekal 0.98 dengan Labuan mencatat Rt tertinggi pada 1.82.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter, berkata Pahang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu 1.31, diikuti Melaka (1.24), Kedah (1.16), Kelantan (1.11) dan Pulau Pinang (1.03).
Negeri-negeri yang mencatat bacaan bawah 1.0 ialah Sarawak (0.98), Kuala Lumpur (0.94), Terengganu dan Selangor masing-masing 0.91, Sabah (0.87), Johor (0.85), Perak (0.78) dan Negeri Sembilan (0.67).
Semalam, kes baharu positif COVID-19 dilaporkan masih pada empat angka dengan 1,384 kes, selain enam kematian direkodkan.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, Dr Noor Hisham berkata pandemik COVID-19 antara krisis kesihatan terbesar dalam sejarah semasa manusia.
“Pelbagai garis panduan kesihatan awam serta prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan. Namun, paling penting ialah mematuhi semua langkah dan SOP tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
IPOH 6 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad...
600 PELAJAR POLYCC DITAULIAH PISPA, BERUPAYA BANTU OPERASI KECEMASAN
JASIN 6 Jun - Sebanyak 600 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang ditauliahkan menerusi Program Pasukan Institusi Pertahanan...
WANITA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PARAH KERETA DINAIKI TERBABAS DI LPT2
DUNGUN 6 Jun - Wanita yang cedera putus kaki kiri dalam kemalangan di Kilometer 341.5 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2)...
DUA DITAHAN BERSAMA DADAH RM57.15 JUTA DI MUAR
JOHOR BAHRU 6 Jun - Polis menahan dua warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57.15 juta yang dipercayai...
MRO, HIDROGEN DAN MARITIM ANTARA FOKUS DANA RM50 JUTA TVET 2.0 – AHMAD ZAHID
PUTRAJAYA 6 Jun - Dana hingga RM50 juta daripada Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan...
POLIS KESAN EMPAT LELAKI DISYAKI CURI KABEL DI MRR2
KUALA LUMPUR 6 Jun - Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di tepi Jalan Lingkaran...
