
Waris mendiang Keng Tong dicari
PENGKALAN BATU 30 Jun – Hospital Melaka (HM) memohon orang ramai membantu mengesan waris bagi seorang pesakit warga emas yang telah meninggal dunia dan tidak dituntut keluarga hampir seminggu lalu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan hospital terbabit, warga emas lingkungan 60-an dikenali Lim Keng Tong telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 23 Jun lalu sekitar jam 9 malam dan telah meninggal dunia pada jam 1.35 pagi disebabkan jangkitan kuman.
“Menerusi dokumen pengenalan diri mendiang menetap di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, namun sehingga hari ini masih belum ada waris yang hadir ke hospital ini.
“HM memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris mahupun kenalan rapat mendiang dan boleh menghubungi di Unit Perhubungan Awam HM di talian 06-2892344.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA MPHTJ PERKUKUH BUDAYA KERJA BERPRESTASI TINGGI
AYER KEROH 26 Mei - Warga Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diminta agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, profesionalisme...
BELUM PUTUS ASA PERJUANG PASAR AWAM MACHAP
MACHAP JAYA 26 Mei - Pembinaan sebuah pasar awam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya akan terus diusahakan Datuk...
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
TAMAN PERMAINAN SDG PARK UNTUK KANAK-KANAK 7 HINGGA 12 TAHUN
PAYA RUMPUT 26 Mei - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memantau isu Taman Permainan Kanak-Kanak SDG...
