
Gedung rangkaian AEON Bandaraya ditutup
PERINGGIT 13 Julai – Gedung rangkaian AEON Bandaraya Melaka ditutup sementara bermula hari ini sehingga tempoh dimaklumkan kelak.
Dalam kenyataan dikeluarkan AEON Co (M) Sdn Bhd, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan di kawasan gedung sebagai langkah berjaga-jaga.
“Berikutan itu, gedung berkenaan akan ditutup bermula 13 Julai 2021 sehingga diberitahu kelak.
“Sebagai alternatif, orang ramai digalakkan untuk membeli-belah secara atas talian menerusi fresh.myaeon.com.my atau myaeon.com.my,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pasar raya AEON Bandaraya Melaka bagaimanapun beroperasi seperti biasa bermula 10 pagi hingga 8 malam.
Jelasnya, orang ramai boleh melawati laman rasmi Facebook pasar raya terbabit untuk mendapatkan maklumat terkini.
“Di AEON, kesihatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan serta rakan kongsi perniagaan menjadi keutamaan.
“Kami akan terus memantau polisi dan proses kawalan jangkitan serta mematuhi sepenuhnya langkah pencegahan ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
