
Malaysia capai 68 peratus populasi dewasa lengkap suntikan vaksin COVID-19 semalam
KUALA LUMPUR 6 Sept – Sebanyak 68 peratus atau 15,926,601 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan 36,431,562 dos vaksin COVID-19 diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.
Menurut JKJAV, 20,543,016 individu di negara ini menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan 289,958 dos dengan 136,177 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos manakala 153,841 adalah dos lengkap.
PICK dilancar pada 24 Februari lalu bagi memberi vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
MELAKA ‘MESRA’ KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 3 Oktober - Agenda kesihatan rakyat Melaka terus diperkasa menerusi pendekatan menyeluruh yang merangkumi pencegahan penyakit, saringan awal,...
SENTUHAN TOK RAUF PASTIKAN RAKYAT TANJUNG BIDARA SELESA
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Meskipun infrastruktur asas di Tanjung Bidara berada pada tahap baik, aspek penyelenggaraan serta keperluan kecil...
MASJID AL-JAWAHIR, WARISAN 115 TAHUN YANG TERUS DIIIMARAH
TANJUNG BIDARA 3 Oktober - Berdiri sejak 1911, Masjid Al-Jawahir, Pengkalan Balak bukan sekadar menjadi tempat ibadah masyarakat setempat, malah...
7 TAHUN DALAM ‘GELAP’, HAMDAN RINDU KEMBALI BEKERJA
KOTA LAKSAMANA 3 Oktober - "Meskipun tahu mata saya mungkin tidak akan pulih sepenuhnya, harapan saya cuma satu, untuk terus...
ZOO MELAKA ADA ‘BOARDWALK’ BAHARU, PENGUNJUNG LEBIH SELESA
AYER KEROH 3 Oktober - Laluan pejalan kaki atau 'boardwalk' sepanjang kira-kira 800 meter di Zoo Melaka kini dinaik taraf...
