
Azalina dilantik Penasihat Khas PM
KUALA LUMPUR 2 Okt. – Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Pengerang berkenaan menerusi satu hantaran Facebook beliau hari ini.
“Terima Kasih YAB Datuk Seri Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas kepercayaan. Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.
Difahamkan beliau telah menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
Azalina adalah pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen.
Sejak semalam, media sosial tular ucapan tahniah kepada Azalina atas pelantikannya sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
‘MAK CIK TAKKAN LUPA BUDI TOK RAUF, YB ALONG’
REMBIA 11 Ogos - 'Rumah syurga dunia' menjadi gambaran rasa syukur Sawiyah Husin, 65, apabila menerima sebuah rumah baharu menerusi...
