
Melaka bergolak: DAP Melaka belum mahu ulas
AYER KEROH 4 Okt. – Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew enggan mengulas lanjut mengenai situasi semasa politik Melaka yang sedang bergolak ketika ini.
Katanya, parti berkenaan hanya akan mengeluarkan siaran media pada esok atau lusa bergantung kepada keadaan semasa.
“Perancangan hari ini hanya Adly Zahari (Pengerusi Pakatan Harapan Melaka) dan (Datuk Seri Utama) Idris Haron sahaja yang akan beri kenyataan.
“Kami belum mahu ulas apa-apa. Mungkin esok atau lusa siaran media akan dikeluarkan dan saya akan maklumkan semula nanti,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Pagi tadi, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan telah menarik sokongan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Kesemua mereka telah menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Pejabat Ketua Menteri pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEMANGAT AIDILADHA SATUKAN PPSPM, KOMUNITI PENGKALAN RAMA
DUYONG 28 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjadikan Hari Raya Aidiladha tahun ini penuh makna apabila...
USAHA ‘YB ALONG’ AKHIRI DILEMA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT ANTU
REMBIA 28 Mei - Dilema penduduk Kampung Bukit Antu, di sini, yang sering terputus hubungan apabila laluan keluar masuk dinaiki...
POLITEKNIK MERLIMAU PERKUKUH TVET, TEROKA INDUSTRI TENAGA JANAKUASA
MERLIMAU 28 Mei - Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)...
AIDILADHA PENUH MAKNA BUAT MEDIA MELAKA
SERKAM 27 Mei – Aidiladha tahun ini lebih bermakna buat Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) apabila buat julung kalinya diberi...
KANAK-KANAK 10 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI SELISEK
KUALA LUMPUR 27 Mei - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai dibawa arus di Sungai Nilam,...
PEGAWAI POLIS DAN ISTERI MAUT KEMALANGAN DI PEKAN
KUANTAN 27 Mei - Seorang pegawai polis dan isterinya maut, manakala empat anak cedera selepas kenderaan mereka terlibat kemalangan di...


