
Kontraktor binaan rugi RM50,370 diperdaya rakan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang merupakan lelaki berusia 40 tahun mendakwa telah berbincang bersama rakan lelakinya pada Julai lepas mengenai projek tender kerajaan dan swasta bagi menghasilkan pakaian.
Beliau berkata mangsa yang bersetuju dengan tender ditawarkan oleh rakan yang dikenalinya sejak empat tahun lepas itu telah menyerahkan modal keseluruhan berjumlah RM50,370.

“Bagi urusan tersebut, mangsa telah melakukan 13 transaksi ke nombor akaun suspek (rakan) secara berperingkat bermula 28 Julai hingga 15 September lepas.
“Setelah kesemua pembayaran dibuat, mangsa bertanya kepada suspek mengenai pulangan yang dijanjikan, namun rakannya itu tidak menjawab panggilan telefon dan gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
