
PH akan rujuk undang-undang masa terdekat ini- Adly
BUKIT KATIL 6 Okt – Pakatan Harapan (PH) Melaka perlu merujuk perkara undang-undang pada masa terdekat ini bagi melihat kewajaran keabsahan kerajaan sementara, kata Pengerusinya, Adly Zahari.
Menurutnya, ini kerana pihaknya melihat berlaku ketidakwajaran dalam perkara tersebut yang mana didakwa tidak wajar seseorang yang hilang kepercayaan dibenarkan menjadi Ketua Menteri.
Menurutnya, PH sedang mengkaji beberapa proses perundangan lagi sebelum ia dibawa ke peringkat mahkamah nanti.
“Sebagai pihak majoriti pada masa ini adalah wajar pandangan PH diambil kira sebelum sebarang keputusan mengenainya diambil,” katanya pada sidang media di pejabatnya.
Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Adly juga mendakwa tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani krisis politik adalah tidak mengikut proses sepatutnya.
“Atas sebab itu kita akan rujuk ia di mahkamah pada masa terdekat,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...
