
Melaka dijangka beralih Fasa 4 minggu hadapan
AYER KEROH 14 Okt – Melaka dijangka beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada minggu depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perbincangan mengenai perkara itu telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu.
“Melaka sepatutnya boleh bersama dengan Pahang untuk beralih ke Fasa 4, namun melihat jangkitan harian di negeri agak tinggi, maka diminta tangguhkan dulu.
“Sudah pasti minggu hadapan ia akan diputuskan, insya-Allah saya rasa pada ketiga Oktober ini (beralih Fasa 4),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Webinar Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2021 Peringkat Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini,
Hadir sama, Exco Tenaga Kerja, Datuk Wira Ismail Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Zailee Dollah.
Melaka beralih Fasa 3 PPN pada 1 Oktober lalu selepas diputuskan dalam mesyuarat khas berkenaan.
Ismail Sabri dalam kenyataan media sebelum ini dilaporkan berkata peralihan fasa itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...
SANDIWARA BERMULA, RAKYAT MELAKA TAHU SIAPA YANG BERJUANG
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat Melaka diyakini tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tawaran dan janji manis yang bakal muncul...
MELAKA DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA URUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Kecekapan sistem pengurusan dan penyelesaian aduan rakyat di Melaka menerima pengiktirafan Ketua Setiausaha Negara (KSN)...
PRN MELAKA: BN YAKIN RAMPAS SEMULA DUN AYER KEROH DAN BUKIT KATIL
AYER KEROH 20 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka yakin mampu merampas semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam...
BN TERUS TAMBAT HATI RAKYAT MELAKA, TEKAD KEKAL TADBIR SERI NEGERI
AYER KEROH 20 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka perlu terus menambat hati rakyat menerusi rekod pencapaian dan keberkesanan menyelesaikan...
LIMA TAHUN BN MENTADBIR MELAKA, KITA TIDAK CAKAP KOSONG, TIDAK TEMBERANG – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Rekod pencapaian sepanjang lima tahun pentadbiran Barisan Nasional (BN) perlu menjadi kayu pengukur kepada rakyat...
